Kenali Kami


MARINA CHALET atau dahulunya dikenali sebagai “Penginapan Taman Bukit” telah mula beroperasi sebagai “Chalet” pada awal 2001. Seawal tahun 90an lagi kami telah memulakan perkhidmatan kami sebagai “Homestay”dan adalah antara yang terawal di Cameron yang memperkenalkan konsep ini. Lokasinya yang berada dalam kawasan perkampungan masyarakat melayu ini amat menitik berat tradisi ketimuran kita.

Kami amat berterima kasih kepada semua tetamu-tetamu kami selama ini yang telah begitu banyak memberi sokongan , teguran dan dorongan dalam membina perniagaan ini. Kami berhasrat, untuk membalas jasa semua,dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik kami dimasa kini dan akan datang.
Dari masa kesemasa, kami juga akan memperbaiki dan menambahkan lagi mutu dan jumlah perkhidmatan kami

Kami mengucapkan “Selamat Datang”, “Selamat Bercuti”, “Selamat Melancong”dan “Selamat Pulang”kepada semua pengunjung yang datang ke Cameron Highlands, kampung halaman kami ini.
3 Responses
  1. Stay diMarina homestay dari 10 - 11 June pada kadar RM380 / night. First impression - TERUK, untuk check in kami diberitahu kunci di bawah alas kaki depan. Bila sampai didepan rumah tong sampah hampir overflow, penutup tak boleh ditutup. Keadaan didalam menyakinkan kami yang homestay ni lebih kepada rumah "tinggal", berbau busuk (macam muntah atau makanan basi). Saya terpaksa mengeluarkan satu cushion yang ada traces of makan tumpah daripada semua cushion yang berdaki. Carpet lembab dan berbau. Charge RM380 adalah lebih tinggi daripada mana2 apartment di Berinchang, malam sebelumnya saya stay di Imperial Court Apartment pada kadar RM350 tapi tak available untuk 2nd night. Pada sesiapa yang berhajat untuk menginap di Marina, saya nasihatkan berhati2 sebab keadaan ni akan spoilt your vacation mood.


  2. nur iman Says:

    marina chalet tetuk.. x p dh..


  3. nur iman Says:

    marina chalet tetuk.. x p dh..